Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 23 Mac 2018

Ranting Pemain Malaysia: Perlawanan pertama TCH hanya seri dengan Mongolia


Ranting Pemain Malaysia yang terdesak mencari kemenangan dalam 11 perlawanan di Stadium Bukit Jalil berakhir dengan seri 2-2 menentang Mongolia dalam perlawanan antarabangsa semalam (Khamis). Di sini admin telah memberi ranting kepada pemain...

TCH, yang mana mengambil alih tugas sebagai jurulatih skuad kebangsaan dilihat bergelut di bahagian pertahanan dan penjaga gol yang mana membenarkan Mongolia menjaringkan gol penyemaan sebanyak dua kali.

Malaysia berada di hadapan dari gol sendiri Kapten Mongolia Turbat Daginaa pada minit ke-31 tetapi kesilapan Fadhli Shas membolehkan Enkhbileg menyamakan kedudukan sebelum rehat masa pertama.

Kemasukan Akhyar Rashid meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-65 apabila percubaannya terkena pertahanan Mongolia dan terus menerjah jaring. Tetapi kedudukan itu tidak kekal lama apabila pasukan di rangking 188 dunia menjaringkan gol penyamaan dari sepakan percuma cantik luar kotak penalti pada minit ke-71.

HAZIQ NADZLI: 5.0

Membuat kemunculan sulung buat Harimau Malaya dan seharusnya melakukan persembahan yang baik. Namun Haziq  dilihat gemuruh, melakukan keputusan yang lewat dan seharusnya melakukan aksi yang lebih baik dengan gol sepakan percuma Mongolia.

MATTHEW DAVIES: 7

RWB Malaysia beraksi dengan cukup baik, membantu serangan dan bahagian pertahanan dengan cemerlang tetapi mungkin perlu memperbaiki aspek sepakan lintangnya supaya lebih berkualiti.

ADAM NOR AZLIN: 5.5

Bermain sederhana, pada mulanya melakukan kesilapan mudah dan akhirnya beraksi dengan baik sehinggahlah memberi sepakan percuma kepada Mongolia yang menghasilkan gol. Sepatutnya asakan yang tidak diperlukan dari pemain ini.

FADHLI SHAS: 4.0

Pada mulanya diberikan pujian atas asakannya menyebabkan gol sendiri Mongolia di awal perlawanan tetapi harus dipersalahkan membenarkan Mongolia kembali bersaing dalam perlawanan tersebut.

Kesilapannya memberi ruang Purevdorj menyamakan kedudukan dan salah satu hantaran ke belakang hampir menghadihkan gol kepada pelawat di masa pertama. Persembahan yang amat mengecewakan daripada pemain Harimau malaya ini.

FAZLY MAZLAN: 4.5

Salah satu pemain yang tidak beraksi sepenuhnya, dan sangat sedikit memberi sumbangan kepada serangan mahupun benteng pertahanan negara. Tidak mengejutkan apabila hanya sebagai pilihan kedua LWB dalam pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

AFIQ FAZAIL: 7

Hantarannya memberi ancaman kepada pertahanan Mongolia, disamping memberi keseimbangan kepada 4 pertahanan Malaysia dengan baik.

NATXO INSA: 7.5

Dilihat sebagai engine di bahagian tengah Harimau Malaya.

Sering menerima bola untuk menjadi playmaker di bahagian tengah dan merupakan penghantar bola terbanyak dan berusaha gigih walaupun di akhir perlawanan menyepak kaki pemain Mongolia. Syukur tidak dilayangkan kad merah.

SAFIQ RAHIM: 5.0

Menjadi perdebatan peminat bola sepak tanah air, di mana adakah masih wajar pemain senior ini terus diberikan ruang untuk beraksi. Dengan aksi biasa-biasa sahaja dan tidak ada yang WOW dipamerkan oleh Safiq Rahim. Nazmi dilihat potensi besar menggantikan kapten Harimau Malaya ini.

MAHALI JASULI: 5.0

On form bersama PKNS, TCH meletakkan Mahali di posisi sayap dan sering terlibat dalam serangan balas. Tetai kegopohannya menyebabkan Harimau kempunan gol walaupun peluang keemasan yang boleh meletakkan beberapa gol dihadapan. Juga beberapa kali melakukan hantaran lintang.

SAFAWI RASID: 7

Berani membawa bola dengan larian memecah benteng pertahanan, beberapa kali menguji penjaga gol Mongolia.

AHMAD HAZWAN BAKRI: 6

Hazwan berkerja keras sepanjang perlawanan, tetapi tidak mempunyai peluang yang baik menguji penjaga gol. TCH mungkin berbangga dengan sumbangan pemain ini dari segi work rate dan hantaran satu dua yang mencemaskan benteng Mongolia.

RANTING PEMAIN MALAYSIA, PERTUKARAN:

AKHYAR RASHID: 8.0

Dimasukkan di masa kedua dan terus memberi impak positif khususnya kepada serangan Malaysia. Menghasilkan gol dengan sepakan luar kotak penalti yang terbias dengan pertahanan Mongolia. Pemain yang penuh skill dan berani berlari dengan bola. Pemain yang harus diberikan peluang utntuk terus beraksi.

NAZMI FAIZ MANSOR: 7.0

Nazmi mengantikan Safiq pada minit ke 72 dan beraksi lebih baik berbanding Safiq dengan hantaran di bahagian tengah yang baik.

WAN ZACK HAIKAL WAN NOOR: 5

Hampir menjaringkan gol kemenangan kalau tidak tiang gol menjadi penghalang. Pemain yang ada potensi mengubah perlawanan.

SYAFIQ AHMAD: N/A





Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog