Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 18 Mac 2018

Perlawanan Antarabangsa "A" Pasukan Harimau Malaya dan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon

Perlawanan Persahabatan Malaysia menentang Mongolia dan Lebanon

Perlawanan Antarabangsa "A" Pasukan Harimau Malaya dan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon 


Pasukan Harimau Malaya akan mengadakan perlawanan antarabangsa gred "A" yang pertama di bawa bimbingan Tan Cheng Hoe selepas menggantikan Nelo Vingada dari Portugal yang telah meletak jawatan pada 6 Disember 2017. 

Perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis, 22 Mac 2018 dan perlawanan terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut pada Selasa, 27 Mac 2018.

Baca juga: Safa Mahukan TMJ Terus Menerajui FAM


Selepas aksi bertemu Mongolia, skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Beirut pada Ahad, 25 Mac 2018.

Kumpulan B saingan kelayakan selepas lima perlawanan menyaksikan Lebanon di tangga teratas dengan 13 mata, Korea Utara di tangga kedua dengan 8 mata diikuti Hong Kong ketiga dengan 5 mata manakala Malaysia yang sudah pun tersingkir daripada perebutan dua tempat teratas layak ke pusingan akhir di tangga keempat dengan 1 mata.

Harimau Malaya 2018

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan, khususnya peminat Borneo yang mahu melihat aksi kapten Sabah beraksi jangan lepaskan peluang ini untuk datang ke stadium. Sokongan moral amat ditagih oleh pasukan Harimau Malaya sekarang dengan pelbagai isu yang mampu menganggu persiapan negara untuk kelayakan Piala Asia 2019. Apa pun semoga dengan adanya ramai muka baru dan lama yang dipanggil oleh jurulatih Harimau Malaya mampu melakar kejutan.




Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog