Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 22 Mac 2018

Malaysia vs Mongolia: 5 muka baru yang boleh mengubah nasib Harimau Malaya

Malaysia vs Mongolia

Malaysia bakal bertemu Mongolia dalam perlawanan persahabatan pada hari Khamis ini. Perlawanan tersebut yang dikategorikan sebagai perlawanan Kelas A, akan menampilkan ramai muka baru dalam skuad Harimau Malaya. Mari kita lihat lima individu yang mungkin menarik perhatian kita dalam perlawanan tersebut yang boleh mengubah nasib Harimau Malaya.



Tan Cheng Hoe


Tan Cheng Hoe

Yang pertama pastilah Tan Cheng Hoe. Perlawanan pertamanya sebagai ketua jurulatih Malaysia. Skuad Harimau Malaya melalui detik sukar ketika berada di bawah kendalian Nelo Vingada apabila tidak merekodkan sebarang kemenangan. Pastinya Tan Cheng Hoe boleh menggunakan semua ilmu yang dipelajari ketika berada di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal dan Nelo Vingada serta pengalaman bersama Kedah. Terkenal dengan corak permainan ala Tiki-Taka ketika bersama Kedah, pasti menarik untuk melihat adakah dia akan berjaya menerapkannya bersama skuad kebangsaan.

Jurulatih Malaysia. Skuad Harimau Malaya melalui detik sukar ketika berada di bawah kendalian Nelo Vingada apabila tidak merekodkan sebarang kemenangan. Pastinya Tan Cheng Hoe boleh menggunakan semua ilmu yang dipelajari ketika berada di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal dan Nelo Vingada serta pengalaman bersama Kedah. Terkenal dengan corak permainan ala Tiki-Taka ketika bersama Kedah, pasti menarik untuk melihat adakah dia akan berjaya menerapkannya bersama skuad kebangsaan.


La’Vere Corbin Ong 

La’Vere Corbin Ong


Pernah beraksi bersama Kanada dalam perlawanan persahabatan menentang Scotland pada Mac 2017 dan setahun kemudian bakal menyarung jersi Harimau Malaya pula. Pemain kelahiran London ini antara pemain yang paling menarik perhatian dalam saingan liga musim ini. Bermain sebagai bek kiri, dia menunjukkan aksi cemerlang bersama Johor Darul Ta’azim. Seorang pakar lontaran jauh, pastinya ramai penyokong juga berharap dia dapat membantu menguatkan bahagian pertahanan Malaysia.


Natxo Insa


Natxo Insa


Seorang lagi pemain daripada Johor Darul Ta’azim. Selepas adiknya, Kiko mewakili Malaysia, kini giliran Natxo pula. Menolak panggilan ke skuad kebangsaan pada tahun lalu untuk menumpukan perhatian bersama JDT, akhirnya Natxo menerima tawaran bermain bersama Malaysia. Pemain tengah terbaik di Liga Malaysia pada musim lalu, Natxo bakal membawa kreativitinya ke skuad kebangsaan. Malangnya kita tidak akan dapat melihat gandingannya bersama Kiko apabila adiknya mengalami jangkitan mata.


Akhyar Rashid


Akhyar Rashid

Wonderkid Kedah. Akhyar antara pemain muda yang paling cepat meningkat naik. Bermula bersama skuad bawah 19 tahun pada musim lalu, dia pantas menarik minat Datuk Ong Kim Swee yang memanggilnya untuk bersama skuad bawah 23 tahun. Selepas menunjukkan aksi mantap di Piala AFC bawah 23 tahun dan Kedah dalam saingan liga, memang mustahil kalau adik kepada Rafdi Rashid ini tidak menarik perhatian Tan Cheng Hoe. Larian lincah pemain ini mampu membuatkan penyokong bangun dari kerusi mereka dengan perasaan teruja.

Rawilson Batuil


Rawilson Batuil

The Tanker Sabah beraksi amat baik musim ini. Bermain di bahagian pertahana, seoarang yang amat tenang dan bijak membaca perlawanan. Kekentalan Rawilson Batuil@Jipun membawa Sabah kekal sebagai pasukan belum kalah dalam saingan Liga Perdana Malaysia. Beraksi bersama 3 pemain pertahanan pasukan Sabah, Mafry Balang dan Francis Kasonde sangat sesuai dengan gaya permainan Rawilson. Pemain kelahiran Kota Merudu berumur 24 tahun ini merupakan antara pemain muda Sabah yang telah diberikan kepercayaan oleh Jelius Ating untuk beraksi dan telah pun menjadi kapten Sabah Fa. Rawilson bukan saja bijak bertahan tetapi juga mampu menghasilkan gol. Setakat ini 2 gol tandukan telah dihasilkan oleh pemain muda ini. Pemain ini mampu mengubah nasib Harimau Malaya

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog